mutakhir

Bertabahlah wahai 'owner'..

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KERETA klasik jenis Mitsuoka Le Seyde terbakar selepas terbabas ke longkang di Jalan Pajam-Nilai, berhampiran Nilai Lama, Nilai, hari ini.

Bagaimanapun, pemandu lelaki berusia 64 tahun terselamat dalam kejadian itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Khairullizal Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 11.11 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota segera dikerah ke lokasi.

“Bomba mendapati sebuah kereta Mitsuoka Le Seyde sedang terbakar dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.

“Siasatan mendapati, kereta ini dipercayai terbabas lalu memasuki longkang sebelum terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bomba menggunakan aliran air daripada tangki jentera untuk memadamkan kebakaran.

Katanya, kereta klasik itu musnah keseluruhan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: August 11, 2019 @ 3:07pm
d