mutakhir

Dua sesat di gunung diselamatkan

Oleh Mohd Sabran Md Sani

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk menjejaki dua sahabat yang sesat di Gunung Pulai, Kulai malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Khairi Zainudin berkata, sembilan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam.

Katanya, anggota memulakan pendakian pada 8.51 malam bagi mengesan dua sahabat dikenali sebagai, S Subash, 28 dan rakannya, P Vigneswaran, 28.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati dua orang sesat dan tidak dapat turun dari hutan terbabit.

“Berikutan itu, anggota pasukan membuat pencarian untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditemui kira-kira 200 meter dari kawasan air terjun pada 10.10 malam.

“Kedua-dua mangsa hanya mengalami calar pada tubuh dan pulang sendiri selepas diselamatkan,” katanya.

Operasi ditamatkan pada 10.43 malam.

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 1:19am
d