mutakhir

PLUS sumbang dua lembu

Oleh Rosman Shamsudin

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbangkan dua lembu untuk diagihkan kepada 279 penerima sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Kuala Slim, Slim River, hari ini.

Sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha itu disampaikan Pengurus Seksyen C2 PLUS Slim River, Mohammad Shafiq Suresh Abdullah kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Kampung Kuala Slim, Mohd Suhaimi Md Said.

Mohd Suhaimi berkata, empat lembu termasuk dua disumbangkan PLUS serta seekor kambing dikorbankan di kariah itu tahun ini dan diagihkan kepada penduduk.

Katanya, daging itu diagihkan kepada penduduk Kampung Kuala Slim, Kampung Tengah, Kampung Jaya dan Kampung Jaya Tambahan.

"Sumbangan PLUS ini membolehkan lebih ramai golongan kurang berkemampuan menikmati daging lembu pada Aidiladha kali ini dan pihak kariah mengucapkan terima kasih kepada PLUS.

"Usaha PLUS membantu golongan kurang berkemampuan memang tidak dapat dinafikan kerana sebelum ini PLUS bekerjasama dengan Harian Metro menganjurkan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Kampung Balun," katanya.

Mohd Suhaimi berkata, Masjid Kampung Kuala Slim dibina dengan kos kira-kira RM3.2 juta oleh kerajaan pusat dan mampu memuatkan 650 jemaah.

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 3:09pm
d