mutakhir

Itu mesej palsu

Oleh BERNAMA

LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas sesak nafas di terowong akibat hujan lebat.

Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat itu di Mina.

"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar," kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Disiarkan pada: August 13, 2019 @ 9:18pm
d