mutakhir

3 kereta terperangkap dalam terowong

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

TIGA kereta terperangkap dalam terowong di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur, akibat banjir kilat, hari ini.

Hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi mengakibatkan terowong berkenaan dinaiki air pada paras hampir satu meter.

Menurut jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), orang awam memaklumkan tiga kereta terperangkap di terowong berkenaan kira-kira 5 petang tadi.

“Sepasukan anggota ITIS DBKL bersama dua jentera berada di lokasi berkenaan membantu mengeluarkan kereta yang terperangkap di kawasan terbabit.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan ketiga-tiga kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, air banjir di lokasi berkenaan mula surut kira-kira 6 petang tadi.

Disiarkan pada: August 14, 2019 @ 9:19pm
d