mutakhir

Berapi

Oleh Mary Victoria Dass

KOTA TINGGI: Sebuah pencawang telekomunikasi setinggi 18 meter di Jalan 93, Persekutuan Felda Sungai Sayong rosak teruk dalam kebakaran pada jam 6 petang, kelmarin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang.

Menurutnya, susulan itu enam anggota bersama sebuah jentera dari BBP Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Anggota operasi berdepan kesukaran berikutan jentera tidak boleh masuk ke lokasi kebakaran yang berada dalam ladang kelapa sawit dan tiada laluan sesuai.

“Berikutan itu anggota operasi menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan, manakala kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 5:31am
d