mutakhir

Menara Taming Sari tawar diskaun

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

MENARA berputar tarikan pelancong di Melaka, Menara Taming Sari (MTS) menawarkan potongan harga sebanyak 30 peratus sepanjang bulan ini sempena sambutan Bulan Merdeka.

Pengurus Besar Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Dr Muhammad Md Nor berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pengunjung termasuk pelancong asing yang lahir pada bulan ini.

“Tawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kami selain bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini.

“Ia juga sebagai mempromosikan lagi produk pelancongan berusia lebih sedekad ini sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 3 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Melaka, hari ini.

Menurut beliau selain diskaun, MTS turut mengadakan persembahan nyanyian dan silat daripada Institut Warisan Melaka (INSWA) setiap hari Jumaat hingga Ahad.

“Persembahan akan diadakan bermula jam 5 petang hingga 11 malam di Pentas Relax & Chill MTS.

“Diharapkan, usaha dan promosi ini dapat membantu kita mencapai sasaran sebanyak 550,000 pengunjung tahun ini,” katanya.

Muhammad berkata, setakat ini MTS mencapai 50 peratus daripada sasaran pengunjung apabila mencatatkan 252,000 pengunjung sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 5:52pm
d