mutakhir

Banjir kilat sekali lagi

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

HUJAN lebat lebih satu jam menyebabkan Kampung Periuk dan Kampung Baru, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur memaklumkan hujan lebat bermula kira-kira 3 petang menyebabkan kawasan itu dinaiki air, 4 petang tadi.

“Seramai lima anggota APM Kuala Lumpur dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk melakukan pemantauan kira-kira 5 petang tadi.

“Hasil pemantauan dilakukan mendapati air naik hingga paras setengah meter di kawasan itu menyebabkan kira-kira 15 rumah serta tiga kenderaan terjejas,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun katanya, air mulai surut di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

“Lokasi ini memang sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat lebih satu jam kerana terletak di kawasan lembah menyebabkan air bertakung.

“Tiada pemindahan dilakukan dalam kejadian ini,” katanya.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 6:54pm
d