mutakhir

Lelaki rogol kekasih bebas reman

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

LELAKI berusia 21 tahun di Jempol yang disyaki merogol kekasihnya berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, lelaki itu dibebaskan selepas tempoh reman selama tujuh hari berakhir.

“Siasatan sudah dijalankan dan kita sedang menunggu beberapa laporan disiapkan.

“Selepas itu, kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hafiz berkata, lelaki itu ditahan polis di Bahau pada 3.55 petang, 9 Ogos lalu susulan laporan yang dibuat mangsa pada hari berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, remaja perempuan berdepan detik hitam apabila diperkosa kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di FELDA Palong di Jempol.

Remaja itu dipercayai berkenalan dengan suspek di Instagram sebelum mereka menjadi pasangan kekasih dan saling berkongsi gambar bogel.

Suspek kemudian datang ke sekolah mangsa pada 7 Ogos lalu dan mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mangsa sebelum dia dibawa ke sebuah rumah dan dirogol lelaki itu.

Berita berkaitan

  • Remaja dirogol kekasih
  • Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 4:59pm
    d