mutakhir

Ingatkan dah meninggal...

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

LELAKI tidak sedarkan diri terperangkap dalam kereta akibat mabuk berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Melawati, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, orang ramai yang melalui jalan berkenaan berasa curiga melihat kereta yang diparkir di bahu jalan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 pagi.

“Seramai tujuh anggota bomba dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, terdapat seorang lelaki dewasa berada dalam Perodua Axia dan tidak sedarkan diri.

“Ketika anggota bomba cuba mengumpil pintu kereta, dia sudah sedarkan diri dan membuka pintu dengan sendiri. Kami mendapati dia dalam keadaan mabuk,” katanya.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 3:08pm
d