mutakhir

Dr Zakir Naik dipanggil Bukit Aman lagi

Oleh BERNAMA

PENCERAMAH bebas Dr Zakir Naik akan dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan kali kedua.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Zakir dipanggil ke Bukit Aman 3 petang ini untuk menyambung keterangannya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

Jumaat lalu Zakir memberi keterangan di Bukit Aman kali pertama untuk membantu siasatan mengikut kanun sama.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bahru, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina Malaysia dengan berkata, mereka perlu terlebih dulu keluar negara ini sebagai reaksi kepada desakan agar beliau diusir dari Malaysia.

Berita berkaitan

Tak boleh 'dakwah' politik perkauman Zakir [METROTV]

Dr Zakir Naik dipanggil semula 19 Ogos

Dr Zakir Naik selesai beri keterangan

Disiarkan pada: August 19, 2019 @ 12:09pm
d