mutakhir

Diesel tumpah punya hal..

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

TUMPAHAN diesel dari sebuah lori menyebabkan beberapa kenderaan di Jalan Kuching menghala ke Selayang terbabit dalam kemalangan, petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku jam 4.45 petang selepas saluran minyak daripada lori dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Selayang tercabut.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan sebuah Perodua Myvi berada di belakang lori hilang kawalan lalu memasuki laluan tengah dan melanggar sebuah pacuan empat roda.

“Beberapa motosikal turut tergelincir ketika melalui kawasan tumpahan minyak, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan sehingga kini.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan pembersihan tumpahan minyak.

“Setakat ini, kes disiasat mengikut Peraturan 19 LN 166/59,” katanya.

Disiarkan pada: August 19, 2019 @ 10:46pm
d