mutakhir

Vivo penaja utama program realiti Big Stage 2

Oleh Vivo

Program realiti menampilkan bakat muda yang popular dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up (BBNU), Big Stage musim kedua (Big Stage 2) kembali lagi Ahad lalu dengan tajaan Vivo.

Konsert pembukaan yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu menyaksikan 12 bintang dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Korea Selatan memulakan langkah berentap di pentas pembukaan menyampaikan lagu tema dan lagu masing-masing.

Santesh menyampaikan lagu popularnya, Amalina, Dinda Permata (Tak Sanggup Lagi), Neeta (Sakit), Syada Amzah (Dinda), Han-Byul (Shooting Star), Fieya Julia (Perasaanku), Adzrin (Bukan Yang Terbaik), Aziz Harun (Jauh), Sheryl Shazwanie (Perasaan), Kucaimars (Mimpi Yang Sempurna), Irfan Haris (Redha) dan Chaleeda (Pretty Boy).

  Disiarkan secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), Big Stage 2 dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal sebagai juri tetap tetapi kali ini bersama Cakra Khan dan Mark Adam sebagai juri jemputan.

Jika tahun lalu Sarah Suhairi menjadi juara, kali ini 12 peserta berentap untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi untuk juara, RM50,000 (kedua), RM25,000 (ketiga), RM10,000 (keempat) dan RM5,000 (kelima).

Konsert pertama ini tular di media sosial sekaligus menghangatkan lagi suasana konsert malam pertama. Semua peserta terselamat dari pusingan penyingkiran kali ini.

Sebagai penaja utama, Vivo memperkenalkan model terbarunya, Vivo S1 yang tampil lebih muda dan bergaya.

Menariknya model ini ialah ia mempunyai teknologi pengimbas cap jari dalam paparan untuk membuka kunci telefon lebih pantas serta kamera swafoto 32MP.

Kapasiti bateri 4,500mAh mampu memastikan telefon kekal bertahan lebih lama manakala kamera Triple AI pula memberikan cara lebih mudah untuk fotografi.

Vivo S1 kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM1,099.

Ingin memiliki Vivo S1 yang terbaru dan maklumat lebih lanjut, layari Vivo Store : http://bit.ly/BuyVivoOnline, Vivo Concept Store : http://bit.ly/WhereToBuyVivo, Lazada : http://bit.ly/2FiMlzz dan Shopee : http://bit.ly/vivoshopeepost

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 4:53pm
d