mutakhir

9 majikan didenda gaji warga asing

Oleh Mohd Rizal Abdullah

SERAMAI sembilan majikan masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan RM153,500 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di premis mereka.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, ia membabitkan lapan lelaki dan seorang wanita iaitu pengurus besar syarikat dan pemilik syarikat.

“Semua mereka ditahan ketika Ops Bersepadu JIM Kedah, baru-baru ini

“Mereka didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, seramai 39 individu warga China didakwa di mahkamah sama kerana tinggal lebih masa.

“Masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan RM512,000.

“Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 11:14pm
d