mutakhir

Galaxy Note10 penuhi keperluan profesional yang produktif

Oleh Samsung

TELEFON pintar kini bukan sekadar gajet yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menerima dan menghantar mesej serta mengambil gambar.

Sebaliknya dengan kecanggihan teknologi, ia kini ‘mini laptop’ kepada pengguna. Setiap telefon pintar mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam memudahkan kehidupan pengguna terutama yang sentiasa sibuk dengan tugasan pejabat walau di mana mereka berada.

Bagi golongan profesional yang produktif, jadual harian sentiasa padat, tentunya lebih mudah jika mempunyai ‘pembantu setia’ dan Samsung Galaxy Note10 adalah peranti yang harus dimiliki.

Menerusi telefon pintar terbaru keluaran Samsung Electronics Co (Samsung) yang juga peranti kelas premium ini, tulisan tangan pada aplikasi Note boleh ditukar kepada teks digital untuk memudahkan suntingan dan perkongsian serta pengeksport ke format yang berbeza (termasuk Microsoft Word) semudah yang pernah dilakukan.

Segala tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar segera menjadi mudah.

S Pen yang cukup sinonim dengan siri Galaxy Note ini juga nyata memudahkan menulis segala idea yang datang tanpa di sangka pada bila-bila masa di mana juga berada.

Menariknya, S Pen untuk Galaxy Note10 ini dipertingkatkan keupayaannya sekali gus mampu melaksanakan tugas menerusi pergerakan udara mengikut simbol tertentu menerusi ciri Air Action.

Dengan perincian ini juga, hanya perlu memegang S Pen tanpa menyentuh peranti.

Skrin Galaxy Note10 ini juga akan bertukar terus menjadi memo pad apabila S Pen dikeluarkan, membolehkan melakukan catatan secara terus di saat kecemasan dengan mudah dan lancar.

Salah satu yang unik bagi pengguna siri Galaxy Note terutama Note10 ini adalah ciri yang bernama DeX kerana boleh disambungkan terus ke PC atau Mac dengan hanya menggunakan kabel USB yang mudah sekali gus meningkatkan lagi produktiviti.

Galaxy Note10 juga mengintegrasikan pautan ke Windows terus ke Quick Panel. Dengan hanya satu klik, boleh terus ke Windows untuk melihat pemberitahuan, menghantar dan menerima mesej serta melihat semula foto terkini tanpa melihat telefon.

Dari segi kelajuan pula, peranti ini menggunakan pemprosesan Exynos 9825 bersama memori (RAM) 8GB sekali gus menjadikan pengalaman kerja lebih lancar berbanding sebelum ini.

Ketahanan baterinya pula tidak mengecewakan. Walau berdepan dengan jadual harian yang padat termasuk mesyuarat sepanjang hari, membalas e-mel dan merangka dokumen, dengan bateri 3500 mAh, ia menjadikan hari anda berjalan dengan lancar.

S Pen boleh bertahan sehingga 10 jam (mode bersedia) dengan sekali caj.

Note10 ini juga boleh akses kepada kuasa penuh ekosistem siri Galaxy dengan produk premium, perkhidmatan dan perkongsian yang melingkungi pengguna untuk melakukan kehidupan dengan lebih cekap dan terhubung.

Peranti ini juga menyambungkan pelanggan dengan aplikasi Galaxy sekali gus memudahkan seperti Samsung Pay, Samsung Health, Samsung Knox dan Bixby.

Justeru, bagi memudahkan kehidupan seharian terutama bagi golongan profesional yang sentiasa sibuk dan produktif, Samsung Galaxy Note10 adalah peranti yang sesuai untuk dimiliki.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note10/.

Disiarkan pada: August 22, 2019 @ 12:03pm
d