mutakhir

Malang tak berbau..

Oleh Zuliaty Zulkiffli

PENUNGGANG motosikal cedera di bahu akibat dihempap pokok tumbang di persimpangan lampu isyarat Jitra-Kodiang, Pekan Jitra, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa Abdul Halim Mat Isa, 47, dilaporkan dari arah Kodiang menuju ke Jitra sebelum tiba-tiba dihempap pokok berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.32 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, setibanya di lokasi mendapati mangsa dalam keadaan terlentang di celah timbunan pokok tumbang.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan mengakibatkan beberapa pokok di sekitar kawasan itu tumbang.

Disiarkan pada: August 25, 2019 @ 3:39pm
d