mutakhir

Julia masih belum ditemui

Oleh BERNAMA

KANAK-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang hilang ketika mandi di tebing Sungai Rajang hari ini masih gagal ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 6 petang.

Sebelum kejadian, Julia Purnama mandi bersama bapa serta sepupu lelakinya, Alit Aiman, 10, di tebing sungai di Meuteck Dockyard di Sungai Bidut, Sibu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, panggilan kejadian itu diterima pada 9.35 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah digerakkan ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat.

Turut serta ialah pasukan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak perempuan itu hanya dapat menyelamatkan Alit dan mengejarkannya ke klinik berhampiran.

Katanya, bomba membuat pencarian di permukaan air dan membuat selaman sedalam 30.48 meter tiga kali sepanjang operasi.

Disiarkan pada: August 25, 2019 @ 9:56pm
d