mutakhir

Remaja 14 tahun dirogol kekasih

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

REMAJA perempuan berusia 14 tahun dirogol kekasihnya yang juga pelajar Tingkatan Empat dalam kejadian di sebuah rumah di Cheneh, Chukai, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian itu, mangsa yang tidak bersekolah keluar bersama suspek berusia 16 tahun pada 10 malam.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya sebelum dirogol pada 11.30 malam.

“Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan susulan kejadian itu, remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Chukai pada keesokan hari.

“Susulan laporan dibuat mangsa, suspek ditahan di rumahnya kelmarin dan direman tujuh hari sehingga Isnin ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Disiarkan pada: August 28, 2019 @ 2:21pm
d