mutakhir

MAHB bagi kerjasama penuh

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat berhubung siasatan gangguan operasi yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

MAHB dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp berkata, pasukan penyiasat yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan itu adalah bagi mengenal pasti punca kejadian

“Siasatan polis terhadap kakitangan MAHB juga adalah untuk melihat segala kemungkinan yang menyebabkan kegagalan operasi berkenaan.

“MAHB juga dalam proses menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Pada 26 Ogos lalu, MAHB membuat laporan polis berhubung masalah yang berlaku di KLIA, minggu lalu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah.

“Saya hanya boleh buat pengesahan bahawa polis menerima satu laporan berhubung masalah yang berlaku di KLIA. Laporan dibuat hari ini dan kita akan jalankan siasatan.

“Laporan dibuat oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Teknologi Maklumat (IT) MAHB dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2019 @ 6:53pm
d