mutakhir

Tikam rakan sekerja angkara mabuk

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

ANGKAR mabuk, dua pekerja ladang warga asing bergaduh sehingga seorang daripada mereka terbunuh di rumah pekerja Ladang Menanggol Global, Kinabatangan kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan minum bersama rakannya sebelum tercetus pertengkaran mulut dan pergelutan antara mereka.

Pergaduhan mereka kemudiannya bertukar menjadi lebih ganas apabila mangsa ditikam beberapa kali di dada oleh rakannya yang berusia 30-an menggunakan pisau.

Difahamkan, mangsa yang parah cuba lari menyelamatkan diri sebelum disedari oleh beberapa lagi pekerja ladang yang membantu menahan suspek.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus selepas kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memberitahu suspek sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Disiarkan pada: September 4, 2019 @ 1:02pm
d