mutakhir

Bateri pintar Galaxy Note10 dan Note10+ luar biasa

Oleh Samsung

SATU daripada aspek pemilihan dalam membeli telefon pintar baru tentu sahaja terletak pada jangka hayat baterinya.

Ini kerana ke mana sahaja kita pergi sama ada keluar beriadah, bercuti mahupun menghadiri mesyuarat, pasti peranti ini akan di bawa dan digunakan.

Bagaikan 'nyawa' kedua, peranti ini amat diperlukan untuk melakukan pelbagai tugasan terutama bagi mereka yang bekerja atau golongan profesional.

Justeru, jika ia tertinggal di rumah atau kehabisan bateri, pasti hari yang dijalani bagai tidak bermakna lagi.

Setiap telefon pintar mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam memudahkan kehidupan pengguna terutama yang sentiasa sibuk dengan tugasan pejabat walau di mana mereka berada.

Menerusi telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ keluaran Samsung Electronics Co (Samsung), ia bukan sahaja memudahkan urusan seharian tetapi juga menghilangkan kerisauan anda terhadap telefon pintar dimiliki cepat 'mati'.

Daripada segi pengecasan, bateri yang dimuatkan pula kini lebih besar berbanding model terdahulu iaitu 3,500mAh untuk Note10 dan 4,300mAh bagi Note10+.

Galaxy Note10+ misalnya, menggunakan bateri kapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan wayar super pantas atau Super Fast Charging (45W) serta pengecasan pantas tanpa wayar 2.0, untuk kemudahan pengguna.

Menerusi kuasa bateri pintar seperti ini, ia tidak menjejaskan kualiti bateri penggunaan telefon anda walaupun ia melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa termasuk melayari Internet atau bermain permainan video.

Penambahbaikan yang dilakukan ialah ia turut menyokong sistem perkongsian bateri PowerShare yang membolehkan peranti lain yang diperakui Qi atau seumpamanya dicas secara tanpa wayar oleh Note10 dan Note10+.

Selain itu, pengecasan akan berhenti secara automatik apabila tahap kuasa peranti yang bertindak sebagai sumber kuasa berada pada tahap 30 peratus untuk menghalang sumber kuasa itu daripada terus habis atau mati.

Bagi Samsung Galaxy Note10+, ia menggunakan pemproses Exynos 9825 yang dipadankan dengan memori (RAM) 12GB bersama storan sehingga 512GB.

Varian Galaxy Note10 pula dilengkapi skrin 6.3 inci Dynamic AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan yang turut menggunakan pemproses Exynos 9825 bersama memori (RAM) 8GB.

Hal ini menjadikan pengalaman mudah alih lebih lancar berbanding sebelum ini.

Sementara itu, Note10 ini juga boleh akses kepada kuasa penuh ekosistem siri Galaxy dengan produk premium, perkhidmatan dan perkongsian yang melingkungi pengguna untuk melakukan kehidupan dengan lebih cekap dan terhubung.

Justeru, bagi memudahkan kehidupan seharian terutama bagi mereka yang sentiasa sibuk, produktif dan gemar melayari Internet, Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ adalah peranti yang sesuai untuk dimiliki.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note10/.

Disiarkan pada: September 5, 2019 @ 12:57pm
d