mutakhir

Lembu Aiman berkaki lima

Oleh BERNAMA

SEEKOR lembu jantan muda yang diternak oleh pengusaha ternakan lembu Muhammad Aiman Muhammad Zaini, 24, mempunyai keunikan tersendiri apabila mempunyai lima kaki berbanding empat yang kebiasaan ada pada haiwan itu.

Lembu berbaka Limousine yang diberi nama Awang berusia 10 bulan berasal dari Perancis dan mempunyai ciri-ciri berotot dan kurang lemak.

Awang dibeli oleh Muhammad Aiman daripada seorang rakannya yang juga penternak lembu itu.

Disiarkan pada: September 6, 2019 @ 10:50pm
d