mutakhir

Mayat terapung tanpa tangan, kaki

Oleh Norsyazwani Nasri

MAYAT lelaki tanpa tangan dan kaki kiri ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berhampiran Jeti Nan Chong di kawasan Paradom, Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mayat dijumpai orang awam dalam keadaan terapung dan tertiarap di permukaan sungai.

“Selepas menerima maklumat orang awam pada 9.20 pagi, anggota polis dan polis marin bergegas ke kawasan kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat lelaki masih belum dikenal pasti identiti itu sudah kembang dan berulat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya tidak dapat memberi kepastian sama ada mayat berkenaan warga tempatan atau warga asing, namun terdapat tatu pada betis kanan mangsa.

“Hasil penelitian awal tidak menunjukkan sebarang kesan atau perbuatan jenayah ditemui pada badan mangsa kecuali kaki dan tangan kiri tiada.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2019 @ 3:19pm
d