mutakhir

Buktikan Malaysia Boleh - Tun M

Oleh Idris Musa

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meniupkan semangat kepada skuad Harimau Malaya dalam pertembungan dengan Emeriyah Arab Bersatu (UAE), malam ini.

“Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini.

“Saya berharap penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan padu buat pasukan negara kita.

“Buktikanlah bahawa #MalaysiaBoleh,” ciap beliau menerusi akaun Twitter hari ini.

Skuad negara bertemu UAE pada kempen Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dalam aksi pembukaan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lalu, Malaysia melakar kemenangan 3-2 ke atas Indonesia.

Disiarkan pada: September 10, 2019 @ 6:50pm
d