mutakhir

Azab cincin tersekat

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

KANAK-KANAK perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila cincin tersekat di jari manis tangan kirinya dalam kejadian di sebuah flet di Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa berusia enam tahun itu kemudian dibawa abangnya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, untuk meminta bantuan

Ketua BBP Hang Tuah, Mohd Eirwan Hussin berkata, abangnya dan mangsa datang ke balai bomba itu jam 9.30 malam.

Katanya, pihaknya mendapati cincin emas di jari manis tangan kiri kanak-kanak itu sudah bengkok menyebabkan dia kesakitan.

“Terdahulu, abang mangsa cuba mengeluarkan cincin yang tersekat di jari berkenaan namun gagal menyebabkan dia membawa adiknya ke balai bomba.

“Kami terpaksa menggunakan alat khas untuk memotong cincin itu dengan mengambil masa selama empat minit.

“Operasi selesai jam 9.34 malam dan jari kanak-kanak tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 9:57am
d