mutakhir

Biadap sungguh koyak, buang al-Quran

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

PENEMUAN helaian al-Quran dipercayai dikoyak dan dibuang di Taman Tasik Taiping tular di media sosial sejak semalam dan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Malah tindakan itu disifatkan biadap dan tidak menghormati kesucian kitab suci.

Difahamkan, penemuan itu sudah dilaporkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim selain dimaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Taiping yang kemudian hadir ke lokasi.

Borhan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan helaian Al-Quran itu dan berkata, pihaknya bersama penguat kuasa agama sudah melakukan pemeriksaan di lokasi.

“Pemeriksaan di lokasi tidak menemui helaian lain selain lokasi pertama yang dilaporkan. Perbuatan ini mungkin dilakukan pada waktu malam, luar waktu kakitang MPT bekerja,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, menunggu laporan siasatan penuh Pejabat Agama Islam Daerah sebelum mengambil tindakan susulan.

Disiarkan pada: September 13, 2019 @ 1:29pm
d