mutakhir

Macam manalah boleh tersepit dik?

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KANAK-KANAK lelaki sembilan tahun berdepan detik cemas selepas tangan kanannya tersepit di celah kerusi di Klinik Komuniti Rinching Tengah, Beranang, Hulu Langat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 11.27 pagi dan sepasukan anggota tiba di lokasi empat minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati tangan mangsa tersepit dan usaha mengeluarkan tangan menggunakan peralatan khas segera dilakukan.

“Operasi mengambil masa lima minit dan ketika kejadian mangsa menunggu ibunya yang sedang mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 1:15pm
d