mutakhir

RM3 juta naik taraf Zoo Melaka

Oleh Nur Saliawati Salberi

PENGURUSAN Zoo Melaka di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memperuntukkan RM3 juta bagi melakukan penambahbaikkan dan penyelenggaraan dalam mengembalikan zaman kegemilangan zoo berkenaan.

Yang Dipertua MPHTJ Mohd Rafee Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan kerajaan negeri selepas pihaknya mengambil alih pengurusan zoo sejak Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, peruntukan RM 3 juta itu adalah untuk kegunaan sepanjang tahun ini bagi memulihkan kembali keadaan persekitaran dan fasiliti zoo.

“Untuk tahun ini RM3 juta diperuntukkan dan ia membabitkan kerja naik taraf dan penyelenggaraan sangkar, fasiliti selain perkhidmatan pengangkutan (buggy dan e-bus).

“Dijangka untuk tahun hadapan bajet lebih diperlukan bagi memastikan semua termasuk beberapa produk baru yang dirancang dapat disediakan kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Memperkenalkan ‘Elsa’ Harimau Putih Bengal kepada pengunjung di Zoo Melaka, hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, Elsa tiba di Zoo Melaka dari Sunway Wildlife Park, sebelum harimau betina berumur 19 bulan dikuarantinkan.

Mengulaskan lanjut, Mohd Rafee berkata, pihaknya juga mengalu- alukan syarikat swasta diluar sana untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Zoo Melaka

“Dalam perkembangan terbaharu, GRAB Malaysia menjadi rakan strategik kami yang mana pengunjung akan diberikan keistimewaan (potongan harga) apabila menggunakan perkhidmatan itu untuk ke zoo.

“Selain itu pihak kami menghantar kira- kira 100 permohonan kerjasama kepada syarikat swasta bagi menjalinkan kerjasama strategik,” katanya.

Ends

From: salia

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 6:57pm
d