mutakhir

Jerebu di Sandakan semakin teruk

Oleh Poliana Ronnie Sidom

KEADAAN jerebu di daerah Sandakan semakin serius dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan peningkatan kepada 117 iaitu tidak sihat setakat 8 pagi, hari ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di daerah ini berada pada tahap tidak sihat bermula 5 petang semalam iaitu pada bacaan 101.

Tawau pula merekodkan penurunan iaitu kepada IPU 111 pada jam 8 pagi tadi, berbanding 152 pada jam 12 tengah malam tadi.

Setakat 8 pagi juga, kualiti udara di kawasan lain di Sabah adalah pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 75, Keningau (83), Kimanis (83) dan Labuan (91).

Disiarkan pada: September 15, 2019 @ 10:38am
d