mutakhir

Remaja maut, 3 rakan parah

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

REMAJA perempuan maut, manakala tiga rakan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori di Kampung Gong Mengkelih, Pasir Puteh, malam tadi.

Dalam kejadian 10.20 malam itu, mangsa, Nursyifa Imani Basharudin, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakan menaiki kereta dipandu, Siti Nur Aisyah Norhisham, 19.

Katanya, mereka dalam perjalanan dari Pasir Puteh menghala ke Machang sebelum kereta dinaiki melanggar bahagian belakang lori.

“Akibat pelanggaran itu, empat mangsa yang berada di dalam kereta tersepit di bahagian tempat duduk masing-masing.

“Mangsa yang berasal dari Kamunting, Perak bagaimanapun meninggal dunia, manakala tiga rakan parah,” katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan rescue tool dan diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Katanya, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: September 15, 2019 @ 1:01pm
d