mutakhir

Cuba samun rumah, restoran [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS sedang menyiasat kejadian dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menyamun rumah di di kawasan Sri Gombak, malam tadi serta restoran di Prima Sri Gombak.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Twitter, menunjukkan seorang suspek memakai baju sejuk warna putih dan bertopi keledar merah bersama seorang lagi rakannya memakai topi dan topeng muka cuba memecah masuk rumah di Sri Gombak.

Malah mereka turut memecah pintu dengan senjata parang dan menendang beberapa kali namun gagal sebelum suspek melarikan diri.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian suspek sama turut menyamun restoran di Prima Sri Gombak.

Suspek terus datang ke kaunter restoran terbabit dan mengugut pekerja dengan parang dan merampas sejumlah wang tunai sebelum melarikan diri.

Sementara itu,Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Disiarkan pada: September 15, 2019 @ 4:00pm
d