mutakhir

Bukan unsur khianat - polis

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS mengesahkan tiada unsur khianat kebakaran membabitkan tujuh motosikal di Blok A, Pangsapuri Desa Tenaga, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada lelaki berhubung kejadian itu pada 2.38 pagi sebelum kebakaran terbabit dipadamkan bomba.

“Hasil siasatan bomba mendapati tiada unsur khianat dalam kejadian itu.

“Terdapat tujuh motosikal terbabit dalam kebakaran itu kerana kedudukan terlalu rapat dan orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Rozymi Mohd Alwi di talian 010 225 8252 atau Pegawai Penyiasat Inspektor V Yoges Kumar di talian 019 619 2726.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21469999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, laporan portal berita Harian Metro melaporkan tujuh motosikal musnah manakala 10 motosikal lagi terbakar kira-kira 10 peratus dalam kejadian itu.

Berita berkaitan

Terbakar atau sengaja dibakar?

Disiarkan pada: September 15, 2019 @ 10:22pm
d