mutakhir

Lemas motosikal terbabas dalam sungai

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

LELAKI lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam sungai ketika melalui Jalan Sungai Sentap, Kampung Sena, Arau hari ini.

Mangsa, Abdullah Yahya, 45, dari Felda Guar Napai, Kodiang dijumpai orang awam berhampiran motosikalnya di dalam sungai itu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melaporkan mengenai kejadian itu 4.30 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja jatuh ke dalam sungai itu seorang diri selepas motosikalnya hilang kawalan.

“Tiada unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan ketika diperiksa di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Nanda berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: September 16, 2019 @ 7:14pm
d