mutakhir

IPU 12 tengah hari 19 September 2019

Oleh Wartawan Harian Metro

Enam lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ia berbanding tujuh kawasan, pada 9 pagi.

Enam kawasan itu, Mukah dengan bacaan IPU 209, Sibu (245), Sarikei (237), Sri Aman (212), Samarahan (224) dan Kuching (270).

Balik Pulau yang sebelum ini merekodkan IPU 210 (sangat tidak sihat) pada 9 pagi, menurun kepada 184 (tidak sihat) pada 12 tengah hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Disiarkan pada: September 19, 2019 @ 12:49pm
d