mutakhir

Akhirnya ke mahkamah jua...

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

DOKTOR yang bertindak memukul bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh, 4 September lalu akan dituduh di mahkamah hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek berusia 34 tahun akan dituduh di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan dan Sekyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek ditahan polis pada 9 September lalu, namun dibebaskan atas faktor kesihatan selepas mengemukakan surat rujukan perubatan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan doktor terbabit memukul bekas isteri dan bapa mentuanya sehingga mengalami kecederaan.

Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial dan menerima kecaman netizen.

Difahamkan, wanita itu dipukul kerana bekas suaminya tidak berpuas hati dengan mangsa berkaitan hak penjagaan anak yang masih dibicarakan di mahkamah.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 12:37am
d