mutakhir

Perkhidmatan Celcom alami gangguan

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) mengesahkan rangkaian telekomunikasi syarikat terbabit mengalami gangguan di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan, sejak awal pagi ini.

Disebabkan proses berkenaan, jutaan pengguna syarikat terbabit tidak dapat mengakses Internet sejak bermula awal pagi tadi.

Namun, menerusi laman sosial syarikat terbabit, mereka memaklumkan perkara ini dijangka dapat diselesaikan pada jam 10 pagi ini.

Bagaimanapun, pihak Celcom memaklumkan sekiranya terdapat pengguna masih mengalami masalah sama selepas waktu berkenaan, mereka diminta berhubung langsung menerusi mesej langsung dengan menyatakan nama penuh, nombor telefon dan lokasi semasa untuk bantuan lanjut.

Gangguan ini menjadi ‘trending’ di kalangan pengguna laman sosial yang menggunakan #celcom untuk meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan masalah berkenaan..

Malah, ada antara pengguna Celcom kesal kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai gangguan berkenaan hingga berdepan kesukaran.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 11:03am
d