mutakhir

Permaisuri Agong lawat Galeri Prima [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan koleksi gambar pameran Tribute to The Nation’s Pride Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP), Kuala Lumpur.

Baginda yang diiringi dua puteri, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah tiba di Galeri Prima pada 3.30 petang.

Selepas menandatangani buku pelawat, baginda meluangkan masa hampir satu jam menyaksikan seluruh 40 karya seni budaya dan warisan negara yang dipamerkan sempena sambutan 70 tahun TNB.

Pameran bermula 27 Ogos dan berakhir hari ini menampilkan 40 karya milik TNB daripada pelukis tersohor negara sejak 60-an antaranya Datuk Mohamad Hoessein Enas, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, Datuk Ibrahim Hussein, Abdul Latiff Mohidin dan Datuk Chuah Tean Teng.

Lebih istimewa, bahagian atas pameran memaparkan 80 gambar sejarah penubuhan TNB sebagai syarikat utiliti yang menawarkan perkhidmatan bekalan eletrik kepada masyarakat.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 5:44pm
d