mutakhir

Mai sini jual benda tu pulak...

Oleh Mohd Rizal Abdullah

PREMIS menjual peralatan dan ubat perangsang seks selain alat menghisap dadah di Alor Setar diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah hari ini.

Dalam serbuan pada 1 tengah hari itu, tiga individu yang terdiri daripada seorang lelaki warga China dan dua wanita warga asing sedang leka menyusun barang berkenaan sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pengarah JIM Kedah Zuhair Jamaludin berkata, hasil serbuan itu didapati pelbagai jenis peralatan dan ubat perangsang seks disimpan di premis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut menemui pelbagai jenis alat menghisap syabu dan peralatan elektronik yang kebanyakannya barangan dari China.

“Tiga individu berusia 25 sehingga 55 tahun itu dipercayai penjaga premis terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Usaha pihak berkuasa menghubungi pemilik premis itu gagal,” katanya

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua individu terbabit turut melakukan kesalahan imigresen dengan tinggal lebih masa selain menyalahguna pas lawatan sosial.

“Kes disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka ditahan di lokap Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Depoh Imigresen Belantik di Sik,” katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 11:18pm
d