mutakhir

100 kenderaan dilelong

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur akan melelong 100 kenderaan membabitkan 66 kereta dan 34 motosikal bagi siri kedua 2019 pada 9 Oktober ini.

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, buku lelong kenderaan itu akan dijual bermula esok hingga 8 Oktober ini berharga RM50 di Unit Kewangan JPJ Kuala Lumpur bermula 8.30 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, kenderaan sita itu pula boleh dilihat pada 7 dan 8 Oktober bermula 10 pagi hingga 3.30 petang.

“Terdapat 66 kereta iaitu 64 daripadanya kereta klon yang boleh didaftarkan semula manakala dua tidak boleh didaftarkan (scrap)

berikutan masalah nombor casis.

“Bagi motosikal 33 boleh didaftarkan manakala satu tidak boleh didaftarkan,” katanya pada sidang media di JPJ Kuala Lumpur hari ini.

Ismail berkata, antara kenderaan terbabit adalah BMW, Toyota Wish, Honda Jazz selain motosikal Honda Wave dengan harga sitaan bermula RM100.

“Ketika lelongan siri pertama 30 April lalu kita berjaya mengutip RM1.053 juta dengan 100 kenderaan dilelong iaitu 74 kereta dan 26 motosikal.

“Bagi lelongan siri kedua ini kita mensasarkan hasil lebih RM1 juta,” katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2019 @ 1:34pm
d