mutakhir

Angin kencang, pokok tumbang [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

ANGIN kencang menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, tiga kes pokok tumbang dilaporkan berlaku setakat ini, masing-masing di Jalan Masjid Negeri, Jalan Macallum dan Kampung Rawa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, satu pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri.

“Sebuah gerai makan dan tokong turut dihempap pokok di Jalan Macallum, manakala di Kampung Rawa satu pokok tumbang menghempap bas.

“Bagaimanapun, tiada sebarang mangsa yang dilaporkan cedera dalam semua kejadian pokok tumbang terbabit,” katanya.

Orang ramai dinasihati berhati-hati ketika memandu dalam keadaan angin kencang dan hujan ketika ini.

Disiarkan pada: September 25, 2019 @ 8:52pm
d