mutakhir

Jom bantu polis kesan pelaku

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pelaku yang melakukan kekerasan terhadap sekumpulan remaja lelaki lain dalam sebuah bilik dipercayai di asrama.

Tindakan itu dikesan polis menerusi video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata, video tular itu mula dimuat naik pada 24 September lalu menerusi Facebook (FB).

Bagaimanapun, menurutnya, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, bolehlah menyalurkannya ke FB rasmi PDRM https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/ atau ke akaun Twitter PDRM, https://twitter.com/PDRMsia.

“Sesiapa yang ada maklumat juga boleh boleh menyalurkan maklumat melalui WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian, 019-3019930 atau tampil sendiri membuat laporan di mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 8:15pm
d