mutakhir

Usop Wilcha terima ucapan lahir daripada Tun M

Oleh BERNAMA

PELAKON Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha, hari ini, menerima ucapan selamat hari jadi daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selamat hari lahir,” kata Dr Mahathir menerusi ciapan di laman rasmi Twitter beliau.

Dalam pada itu, Usop membalas ciapan Twitter Perdana Menteri dengan menganggap ia satu​​​ ucapan istimewa buat dirinya daripada pemimpin nombor satu negara.

“Selama 54 tahun hidup, this is antara hadiah yang bermakna. Walaupun sekadar official twitter account my beloved PM @chedetofficial.

“Namun ucapan Birthday ni akan tersemat sampai bila-bila dalam hati... pertama kali dimuliakan oleh Allah SWT, dapat ucapan daripada akaun rasmi Prime Minister,” katanya.

Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu popular dengan dialog ‘kito bakor aje’ menerusi wataknya yang berkerusi roda dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 11:29pm
d