mutakhir

Mowgli Malaysia pembaca tegar Harian Metro

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

“SAYA memang suka baca Harian Metro (HM), bukan kerana akhbar ini banyak melaporkan tentang saya, tetapi kandungan, gambar dan susun atur penceritaan menarik,” kata ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis, 14.

Syukur berkata, dia membeli HM setiap hari untuk mengetahui hal ehwal semasa terkandung di dalam akhbar berkenaan.

“Walaupun masyarakat kini kurang membeli akhbar kerana membacanya secara atas talian, saya dan keluarga masih membelinya setiap hari kerana lebih puas membaca dengan memegangnya.

“Jika saya tidak membelinya, akhbar ini akan dibeli ahli keluarga lain.

“Semua keratan akhbar berkaitan diri saya dilaporkan di dalam HM disimpan untuk dijadikan kenangan,” katanya ketika pada Program Jualan Harian Metro Berwajah Baharu di Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu, semalam.

Syukur berkata, HM yang berwajah baharu jelas lebih menarik berbanding edisi sebelum ini.

“Kandungannya tidak membosankan dan penggunaan gambar lebih banyak serta menarik membuatkan pembaca terdorong untuk membacanya,” katanya.

Pada program itu, seramai lapan kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Terengganu termasuk Pengurus Jualan Cawangan NSTP Terengganu Fazleesham Mohd Yunus dan wartawan HM Terengganu menjalankan promosi bermula 8.30 pagi.

Sempena promosi itu, setiap pembelian akhbar HM akan menerima sebotol air minuman Teh O Ais percuma tajaan Yeo’s.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 12:44am
d