mutakhir

Toyota Hilux hangus

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

PACUAN empat roda Toyota Hilux ditemui terbakar dalam kejadian di Taman Harmoni Tok Bali di Pasir Puteh, malam tadi.

Dalam kejadian 7.58 malam itu, kenderaan berkenaan yang ditinggalkan di lokasi itu musnah 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Ahmed Mazdan Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.01 malam.

Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai dari balai Tok Bali bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai, api sudah marak membakar 80 peratus kenderaan berkenaan dan usaha memadamkan api dijalankan.

“Api dapat dipadam dalam masa 20 minit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian pemilik tiada di lokasi.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: September 29, 2019 @ 2:36pm
d