mutakhir

Misteri mayat lelaki hanyut di Sungai Bernam [METROTV]

Oleh Md Fuzi Lateh

SATU mayat lelaki ditemui hanyut dibawa arus di Sungai Bernam, berhampiran Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari disedari penduduk kampung yang menyedari mayat terbabit terapung selepas hujan lebat di kawasan berkenaan.

Difahamkan, mayat dipercayai lelaki hanyut ke Ampangan Sungai Dusun.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Abd Rahman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, operasi mencari mayat terbabit kini dijalankan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Bagaimanapun, operasi mencari dilakukan lewat petang semalam terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca dan arus sungai deras.

“Operasi mencari akan disambung semula pagi ini,” katanya.

Disiarkan pada: September 30, 2019 @ 12:27am
d