mutakhir

Tidak mengaku tunjuk kemaluan

Oleh Norizuan Shamsuddin

LELAKI Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau di kedai makan, September lalu.

Tertuduh Rafi Alam Mohd Alam, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan satu perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan kepada pekerja kedai makan, Nor Aini Daud, 43, di kedai makan beralamat A372 Kampung Pak Katak, Kuala Terengganu pada 9.45 pagi, 26 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Disiarkan pada: October 3, 2019 @ 3:49pm
d