mutakhir

Penyamun kelar doktor gigi ditahan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun di klinik gigi di Seksyen 14, Sea Park, Petaling Jaya 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Sea Park dan Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah apartmen di Jalan PJS 2B pada 2 petang.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu.

“Kami turut merampas seluar jeans dan baju suspek dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan kes curi kenderaan dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang doktor gigi cedera di leher akibat dikelar lelaki menyamar sebagai pesakit sebelum menyamun doktor wanita itu di klinik berkenaan.

Berita berkaitan

Penyamun kelar doktor gigi

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 12:19am
d