mutakhir

Kantoi bercumbu

Oleh Shamsul Munir Safini

PASANGAN warga asing yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang ketika sedang bercumbu di sebuah rumah kedai di Taman SeriAman, Sungai Bakap, Butterworth, malam tadi.

Kedua-kedua mereka sedang bercumbu di dalam sebuah bilik di premis terbabit sebelum dikejutkan dengan kedatangan sepasukan pegawai dan anggota JIM negeri.

Pengarah JIM negeri Muhamad Husni Mahmud berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Dalam pemeriksaan itu, lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia itu ditemui separuh bogel sebelum ditemui bersembunyi di dalam tandas rumah.

“Kedua-dua mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah selain dokumen perjalanan tamat tempoh,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan itu, pihaknya memeriksa 47 warga asing di 13 lokasi sebelum menahan lapan daripada mereka kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Juru bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 5:28pm
d