mutakhir

9 didenda main 'holo'

Oleh Garret Dawum

TIGA beradik antara sembilan lelaki yang didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kuching, semalam atas kesalahan bermain judi atau holo di tempat awam, September lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 54 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nelson Ensit di hadapan Majistret Mohd Syukri Mokhtar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika gagal membayar denda, kesemua tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh melakukan kesalahan itu di kawasan terbuka di hadapan kedai runcit di Kampung Sarig, Padawan, 6.10 petang, 25 September lalu.

Mengikut akta terbabit, mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: October 5, 2019 @ 1:03pm
d