mutakhir

Dua gajah mati akibat kemalangan

Oleh Mohd Sabran Md Sani

DUA daripada 10 kes kemalangan membabitkan kematian gajah direkodkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor sejak 2007 hingga kini.

Pengarahnya Salman Saaban berkata, kematian pertama membabitkan kemalangan seekor gajah betina tahun lalu dan kes terbaharu, seekor anak gajah Ahad lalu.

“Dua kes kemalangan itu berlaku di Jalan Kota Tinggi-Mersing selain turut mencederakan pemandu lori dan pemandu kereta.

“Sepanjang tempoh itu terdapat satu kes kemalangan maut membabitkan pemandu kenderaan selain tujuh yang lain cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keadaan terkawal namun kesedaran pemandu penting terutama ketika melalui kawasan laluan gajah.

Mengulas mengenai kes terbaharu katanya, anak gajah yang mati akibat kemalangan itu dari kumpulan ID Panti (anggaran 30 hingga 40 ekor).

“Dianggarkan kumpulan gajah yang bersama anak gajah itu antara empat hingga lima ekor.

“Gajah itu menghala ke kawasan pertanian berdekatan Ladang Winsome Al-Yatama,” katanya.

Berita berkaitan

Anak gajah mati dilanggar

Disiarkan pada: October 8, 2019 @ 2:20pm
d